Tuesday, May 1, 2012

1 Mei Birthday Syira

Hari ni birthday syira yang ke 9 tahun..dan sempena hari pekerja juga. Hari ni baru ada kesempatan nak update blog.selalu tak sempat nak update blog nih.Ni anak anak semua dah tido..laki aku pun tak de g maulud..aku pun apa lagi ambil kesempatan dok depan laptop ni. Sempena birthday Syira ni aku terajin plak nak buat kek red valvet nih..resepi ni..kawan aku yang bagi nora dulu satu pejabat..sekarang aku dah berpindah. Ibu nak doakan syira moga menjadi anak yang soleh lagi solehah..Berjaya dunia dan akhirat mendapat keredhaan Allah hingga ke akhir hayat.
Birthday Girl Ngan Ayah

Friday, February 3, 2012

Jadual Puasa Sunat dan Puasa Wajib tahun 2012

Assalamualaikum...

Rasa dah lama tak update blog...Keja banyak..ni pun tengah banyak tapi tak urgent..walau boss tak suruh tapi rasa nak buat sebab sok sok senang. Kat sini aku nak share satu jadual berkenaan Jadual Puasa Sunat dan Puasa Wajib tahun 2012. Aku dapat dari facebook kredit to Shamsul Amin Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Semoga jadual ini boleh dijadikan panduan dan muhasabah kepada kita. Aku nak istiqomah puasa isnin khamis susah..lagi la nak ikut puasa nabi daud. Tak per la..yang penting kita cuba kerana Allah yer.




Wasalam

Wednesday, October 19, 2011

Solat Malam....

Petua Rasulullah S.A.W buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W

Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua. Berikanlah aku kekuatan dalam beribadat kepada mu...Amin..

Tuesday, October 4, 2011

Hijrah


Hari terakhir aku berucap

Penghijrahan ku membawa kepada penghijrahan yang baru

Hari ni...hari ke dua aku berhijrah ke Pejabat baru...dah lama gak aku menetap di PTM dari ITTHO , KUiTTHO hingga ke UTHM. Dah masuk 11 tahun lebih aku kat PTM dulu aku gred F11 Operator Mesin Pemprosesan Data, bila JPA kuarkan arahan penjumudan gred ni kita orang terus ditukar ke gred N17. Rezeki Allah bagi walau pun kita orang tak minta..OPD dulu ada 6 orang...sorang sorang kuar ..sebab tukar ke jawatan yang lebih baik...skarang giliran aku pula yang keluar...ada lagi 3 orang kengkawan yang belum berpindah...nanti kalau dah pindah sapa nak buat semua keja tuh..hehehehhe biar dia orang je la yang pk...Semoga penghijrahan aku ni membawa kepada kebaikan..
Aku berpindah ke Pejabat Pengurusan Penyelidikan , Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan. Kat sini aku buat FAMS pening gak buat fams ni sebab kena ikut banyak law..walau pun zaman dulu aku pernah buat FAMS tapi dulu masukkan data jer..tak de la banyak prosuder nak kena buat cam nih..huhuhuhuh...nak kena call la..nak kena itu la ini la..dah namanya pun keja..namanya pun pembaharuan..kenala belajar kan..aku selalu berdoa semoga Allah permudahkan segala pekerjaan aku di sini.

Wednesday, May 4, 2011

Sukan Pra Sekolah

Jumaat 30 April yang lepas anak aku yang kedua masuk suka pra sekolah..aku pun tak paham ngan dia tuh...dan aku pun confius dengan acara yang dia masuk...bila aku tanya dia cakap masuk lari baton...dalam hati hahahahh macam la kuat sangat lari..tapi aku iyerkan je laa..bila aku tanya dia.."dina syair masuk sukan tak? (syair tu anak kawan kat opis) dengan lagak mencebik dia jawab..syair lembek..tak kuat lari...wah mengata orang pandai pulak...hari jumaat tu pun dia lawan la..kat sekolah keb pt bingan aku tak dapat pergi sebab ada keja..lagi pun keja..malas nak kuar...lagi pun tak de kawan..kalau ada kawan tu syiok gak nak g ...laki aku plak tak boleh nak pergi sebab ada keja yang harus diselesaikan..sian dina. Tengah hari tu aku balik keja dia ada...bila aku tanya menang tak..dia cakap menang..bila mak aku tanya menang tak dia cakap tak tahu...hmmm statusnya aku langsung tak tahu...huhuhuhu. Petang tu aku call cikgu murni..aku tanya cikgu murni yang dina ni sebenarnya masuk acara apa? Cikgu tu jawab lompat jauh..(dalam hati ketawa berdekah) lompat jauh rupanya.. aku tanya cikgu dia..menang tak cikgu..cikgu dia gelak jer...heheheh tak menang pun..aku tanya lagi ..besok tak payah datang la erh...sabtu untuk acara balapan...cikgu cakap dina kena datang sebab dia reserve...simpanan rupanya anak aku nih..wahh bila aku tanya berlagak macam terror lari..walhal aku tahu dia tu bukannya kuat sangat lari..tapi boleh plak cakap orang lain lembik tu..aduhai anak...pening ibu fikirkan dina nih

Monday, April 18, 2011

Cara Pemakanan Rasulullah




Ada sedikit ilmu yg ingin mungkin bleh dikongsi bersama

Tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

perkataan JANGAN mungkin bleh ditimbang dengan ELAKKAN,
sb mungkin ada yang kata dia makan selama ni ok je..
dalam jangka masa terdekat mgkn kita dok rasa kesan dia
Ianya mungkin ada kesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Mungkin perkara di atas biasa sangat untuk didengar
Tapi mungkin wat panduan dan ilmu yang diulang untuk kebaikan bersama
Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam,

"Allah Mengetahui Apa Yang Terbaik"

Wednesday, March 2, 2011

Doaku Untukmu Suami....



Hari ni aku nak tulis pasal doa..aku suka doa yang aku jumpa nih...hope kalau laki aku terbaca blog aku nih..dia bacalah bahawa doa ni kutujukan khas untuk dia...Kutujukan sempena ulangtahun beliau yang ke 34 dan ulangtahun perkahwinan kami pada 9/3/2011 ini.

DOA SEORANG ISTERI:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatasKau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segaladugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikanKurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah
Sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMuYa Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..