Wednesday, October 19, 2011

Solat Malam....

Petua Rasulullah S.A.W buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W

Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua. Berikanlah aku kekuatan dalam beribadat kepada mu...Amin..

Tuesday, October 4, 2011

Hijrah


Hari terakhir aku berucap

Penghijrahan ku membawa kepada penghijrahan yang baru

Hari ni...hari ke dua aku berhijrah ke Pejabat baru...dah lama gak aku menetap di PTM dari ITTHO , KUiTTHO hingga ke UTHM. Dah masuk 11 tahun lebih aku kat PTM dulu aku gred F11 Operator Mesin Pemprosesan Data, bila JPA kuarkan arahan penjumudan gred ni kita orang terus ditukar ke gred N17. Rezeki Allah bagi walau pun kita orang tak minta..OPD dulu ada 6 orang...sorang sorang kuar ..sebab tukar ke jawatan yang lebih baik...skarang giliran aku pula yang keluar...ada lagi 3 orang kengkawan yang belum berpindah...nanti kalau dah pindah sapa nak buat semua keja tuh..hehehehhe biar dia orang je la yang pk...Semoga penghijrahan aku ni membawa kepada kebaikan..
Aku berpindah ke Pejabat Pengurusan Penyelidikan , Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan. Kat sini aku buat FAMS pening gak buat fams ni sebab kena ikut banyak law..walau pun zaman dulu aku pernah buat FAMS tapi dulu masukkan data jer..tak de la banyak prosuder nak kena buat cam nih..huhuhuhuh...nak kena call la..nak kena itu la ini la..dah namanya pun keja..namanya pun pembaharuan..kenala belajar kan..aku selalu berdoa semoga Allah permudahkan segala pekerjaan aku di sini.