Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Tuesday, May 5, 2009

Cup Cake Coklat



Cup Cake Coklat


Bahan A
2 cawan tepung serbaguna/gandum
1 cawan serbuk koko
2 tsp baking powder
2tsp bicarbonat
3 tsp serbuk nescafe
secubit garam

Bahan B
2 cawan gula castor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-Caranya
Di dalam mangkuk pengadun campurkan semua bahan A yang telah diayak
Di dalam bekas lain campurkan semua bahan B dan pukul sebati
Putar bahan A perlahan-lahan sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua adunan sebati.
Tuangkan air panas dan putar lagi..
Masukkan ke dalam cup kecil. Bakar pada suhu 175'c selama setengah jam
Adunan ini menghasilkan seratus biji cup cake..
Selamat Mencuba

Thursday, March 12, 2009

Marie Cheesecake


.

Marie Cheesecake

Bahan-bahannya

Untuk lapisan bawah
20 keping biskut marie
butter secukupnya

Lapisan Atas
250g cream cheese phill
3/4 cawan gula kastor( bleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan whipping cream
1 biji telur
sedikit esen vanila(boleh tukar kepada jus lemon)

Cara-caranya

Untuk lapisan bawah
Cairkan butter dan masukkan ke dalam biskut yang telah diblender hancur.
Kacau sehingga boleh dikepal. Masukkan ke dalam cup.

Untuk lapisan atas
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga sebati. Masukkan whipping cream dan kacau sehingga sebati lagi. Selepas itu masukkan telur dan masukkan esen atau perahan lemon tadi.
Pukul sehingga sebati lagi dan masukkan terus ke dalam cup.
Bakar dalam 20 minit atau 30 minit sehingga kekuningan.
Masukkan ke dalam fridge.
Sedap dimakan pabila sejuk

Monday, February 16, 2009

Kek Coklat Lapis Cheese

Resepi ni ambik dari blog yummilicous


Bahan- bahannya

Bahan A:-

180gm butter
20gm serbuk koko (diayak)
170gm gula
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)

Bahan B:-

250gm cream cheese
60gm gula
1 sudu teh esen vanilla (x letak sebab cari tak jumpa kat dapur)
1 biji telur

Cara-caranya

Pukul butter dan gula. Masukkan telur satu persatu. Selepas itu masukkan tepung, koko dan baking powder. Gaul hingga rata
Dalam mangkuk yan lain, pukul semua bahan B hingga kembang.
Sediakan loyang beralas, tuang satu bahagian A dan ratakan.
Tuang semua bahagian B ke atasnya dan ratakan.
Tuang lagi lebihan A tadi dan ratakan.
Bakar pada suhu 160'c selama 60 minit.