Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Kuih Bakar Jagung




Resepi ni aku ambik dari resipidiana. Thanks tu kak diana kerana sudi berkongsi resepi

Kuih Bakar Jagung

Bahan-bahan

1/2 kg tepung gandum
300 gram gula
2 cawan santan pekat
4 cawan air
sedikit garam
3 sudu makan butter
4-6 biji telur(lebih banyak telur , lebih sedap dan lembut)
1 tin jagung krim
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanilla

Cara-caranya

Masukkan gula, santan, air, garam, mentega, telur, pewarna kuning dan esen vanilla ke dalam blender. Blender sehingga tidak bergentel.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, blend sehingga sebati dan adunan tidak bergentel. Tuang adunan tepung ke dalam bekas.
Akhir sekali masukkan jagung krim dan gaul rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan butter atau mentega.
Jika mentega banyak dalam loyang pun tidak mengapa , tapi panaskan loyang dalam oven dulu sehingga mentega cair.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.
Sedia untuk dihidang

Monday, February 16, 2009

Donut Kentang

Jumaat balik keja semalam aku sempat buat donut kentang. Donut ni aku buat sebab nak bawa ke rumah saudara aku kenduri tahlil
.

Bahan-bahannya:
1/2 kg kentang
1 kg tepung gandum
3 sudu marjerin atau butter (dicairkan di dalam kuali
1 peket mauripan (bancuh dengan air)
3 sudu gula
5 sudu susu tepung (saya guna nespray)

Cara-caranya

1. Kentang direbus dan dilecek.
2. Masukkan tepung gandum,butter yang telah dicairkan.
3. Masukkan gula, susu tepung dan mauripan.
4. Masukkan sedikit air adjust mengikut adunan tepung tersebut.
5. Uli sehingga menjadi doh, jangan terlalu lembik sangat.
6. Bentukkan mengikut bentuk kegemaran
7. Sedia untuk digoreng

Adunan ini menghasilkan kuantiti yang banyak, dalam seratus biji.


Thursday, January 1, 2009

Kuih Selayang


ni adalah rupa kuih selayang yang aku buat..saja belajar dari sepupu aku yang datang dari seremban.

Bahan-bahannya

1 kg tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
3 sudu besar marjerin
1 biji telur
air sejuk..

tepung ubi
sedikit minyak

Cara-caranya.

1. Masukkan semua bahan garam, lemak sayu, marjerin dan telur ke dalam tepung gandum.

2. Ratakan adunan tersebut, dan masukkan air sejuk tersebut ke dalam aduanan tepung tadi.

3. Gaulkan hingga menjadi doh. Biarkan seketika.

4. Ambil doh tadi lenyekkan dan sapukan tepung ubi yang telah dicampur dengan minyak tadi ke atas doh tersebut.

5. Gulung doh tersebut sehingga menjadi banyak lapisan. Potong dan lenyekkan.

6. Selepas itu goreng dan selepas sejuk taburkan gula.. sedia untuk dihidang