Monday, February 16, 2009

Donut Kentang

Jumaat balik keja semalam aku sempat buat donut kentang. Donut ni aku buat sebab nak bawa ke rumah saudara aku kenduri tahlil
.

Bahan-bahannya:
1/2 kg kentang
1 kg tepung gandum
3 sudu marjerin atau butter (dicairkan di dalam kuali
1 peket mauripan (bancuh dengan air)
3 sudu gula
5 sudu susu tepung (saya guna nespray)

Cara-caranya

1. Kentang direbus dan dilecek.
2. Masukkan tepung gandum,butter yang telah dicairkan.
3. Masukkan gula, susu tepung dan mauripan.
4. Masukkan sedikit air adjust mengikut adunan tepung tersebut.
5. Uli sehingga menjadi doh, jangan terlalu lembik sangat.
6. Bentukkan mengikut bentuk kegemaran
7. Sedia untuk digoreng

Adunan ini menghasilkan kuantiti yang banyak, dalam seratus biji.


3 comments:

Aku_tulip said...

ko ni kan asik masak jer tau...aku dh tak larat la...donut kentang tu mcm sedap ek...huhuhuhuh...bila aku larat nak masak

haticantik said...

tunggu pas ko bersalin la baru masak..aku ni suami tak de..time tu la aku cuba cuba masak..kalau tak aku suka menghadap muka dia jer

nurulazwa.blogspot.com said...

kak, mmg sdap klu donut campur kentang tau!!
lagi lembut..
kena campur dengan lemak sayur, lagi le..
x tahan siut..
lapar le tengok donut mentul ni..