Thursday, October 1, 2009

Umrah Ketika Ramadhan 2009 (Part 1)





Alhamdulillah aku bersyukur kerana dapat juga menunaikan umrah ramadhan pada kali nih..Panjang ceritanya aku dapat ke rumah Allah nih.Tahun lepas sebenarnya laki aku dah pergi menunaikan umrah pada bulan puasa. Tahun ni dia cakap tak pergi sebab nak bawa aku pergi tahun depan, memandangkan aku mengandung anak ke 4 pada tahun nih. Tapi tetiba ustad kat tempat aku tu ajak dia pergi, aku pun apa lagi la nak ikut..memandangkan kandungan aku pun belum besar sangat dan aku boleh cover lagi maka aku nak ikut la..dia tanya ustad..ustad cakap takut tak lepas kat sana..memandangkan aku mengandung. Yer ke? bukan 7 bulan ke atas ke baru tak boleh pergi. Aku siang malam berdoa supaya tuhan memanggilku untuk menjadi tetamu ke rumahnya. Suami aku pun tetiba tergerak gak nak bawa aku..tuhan mendengar rintihan dan doaku..Laki aku g travel yang menguruskan umrah aku tuh..Shahid Travel. Pengurus Shahid Travel tu cakap tak de masalah kalau mengandung pergi sebab kandunganku baru 5 bulan. Tapi masalahnya penerbangan dah penuh..jadinya tak dapat la aku nak pergi. Tapi dia cakap insyallah kalau ada kosong dan kalau memang dah sampai seruannya untuk aku menjadi tetamu Allah, aku dapat pergi juga. Dia cakap tunggu la dalam masa 2 atau 3 hari. Kalau ada talifon darinya..maka ada la kosong. Alhamdulillah dapat juga aku pergi..aku pergi 1 ramadhan dan balik pada 15 ramadhan. 3 hari di Madinah dan selebihnya di mekah..K bebila sambung lagi..aku kurang sihat la hari nih