Monday, February 16, 2009

Kek Coklat Lapis Cheese

Resepi ni ambik dari blog yummilicous


Bahan- bahannya

Bahan A:-

180gm butter
20gm serbuk koko (diayak)
170gm gula
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)

Bahan B:-

250gm cream cheese
60gm gula
1 sudu teh esen vanilla (x letak sebab cari tak jumpa kat dapur)
1 biji telur

Cara-caranya

Pukul butter dan gula. Masukkan telur satu persatu. Selepas itu masukkan tepung, koko dan baking powder. Gaul hingga rata
Dalam mangkuk yan lain, pukul semua bahan B hingga kembang.
Sediakan loyang beralas, tuang satu bahagian A dan ratakan.
Tuang semua bahagian B ke atasnya dan ratakan.
Tuang lagi lebihan A tadi dan ratakan.
Bakar pada suhu 160'c selama 60 minit.

Donut Kentang

Jumaat balik keja semalam aku sempat buat donut kentang. Donut ni aku buat sebab nak bawa ke rumah saudara aku kenduri tahlil
.

Bahan-bahannya:
1/2 kg kentang
1 kg tepung gandum
3 sudu marjerin atau butter (dicairkan di dalam kuali
1 peket mauripan (bancuh dengan air)
3 sudu gula
5 sudu susu tepung (saya guna nespray)

Cara-caranya

1. Kentang direbus dan dilecek.
2. Masukkan tepung gandum,butter yang telah dicairkan.
3. Masukkan gula, susu tepung dan mauripan.
4. Masukkan sedikit air adjust mengikut adunan tepung tersebut.
5. Uli sehingga menjadi doh, jangan terlalu lembik sangat.
6. Bentukkan mengikut bentuk kegemaran
7. Sedia untuk digoreng

Adunan ini menghasilkan kuantiti yang banyak, dalam seratus biji.


Friday, February 13, 2009

Kursus Adobe Cs




Pada 4 dan 5 Februari yang lepas aku dapat mengikuti kursus Adobe anjuran Pejabat Pendaftar. Alhamdulillah dapat juga aku mengikuti kursus ni.Kursus ni diajar oleh Encik Lokman Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Teknologi Maklumat. Banyak faedah yang aku dapat daripada kursus nih antaranya aku dapat mengedit gambar supaya kelihatan lebih cantik, meng superimpose kan muka orang hehehehehe...

Thursday, February 12, 2009

Pulau Langkawi Version 2





Soknya pepagi lagi family aku, kakak aku n pakcik aku pergi Pantai Cenang. Saja nak bawa bebudak ni pergi Pantai Cenang sambil menikmati keindahan alam. Maklum la anak aku jarang cuti berkelah ke pantai , nampak la dia punya jakun tuh.Huhuhuh si sara aku tinggal dengan mak kat hotel. Nak bawa pun dia bukan boleh buat apa pun..Tanya mak dia nak g tak? Dia cakap nak rehat jer n soh tinggal Sara selamat la aku.Hehehehe. Dalam perjalanan kita orang singgah beli kuih untuk dimakan. Banyak juga kuih yang aku borong, 4 biji RM1 boleh tahan murah dan banyak sangat kuih yang dijual. Balik dari Pantai Cenang kita orang pergi singgah lagi kat Padang Mat Sirat, maklum aku tak habis memborong kat situ terbayang bayang baju tido yang aku nak beli semalam. Semalamnya nak beli..laki aku dah menonong jalan ngan anak-anak .Bengkek jer aku tak boleh nak mengepau..kali ni tak kira aku ngepau jer la..Balik ke hotel kemas2 n check out. Pastuh kita orang pergi la shooping lagi kat Pekan Kuah sementara nak menunggu feri pukul 5.30. Sasaran tempat yang dituju di Pekan Kuah adalah Idaman Suri. Kat Idaman Suri aku borong la sket perkakasan dapur. Laki aku beli beg sandang belakang ngan beg tarik yang kecik jerk. Pastuh aku jalan ngan mak aku pergi ke Ismail Group..mak aku tu cakap tak de duit tapi aku tengok dia yang banyak memborong. Aku beli coklat..nak beli set corningware tapi aku pk dengan keadaan van yang dah penuh ngan barang tu aku rasa nak beli kat jeti je laa lagi pun sama harga. Sampai kat jeti tunggu feri..hmmm ramainya orang. Dekat pukul 7 lebih baru la kita orang sampai ke Kuala Perlis. Sampai sana satu masalah nak turunkan barang barang yang telah dibeli, walaupun itu kerja lelaki tapi aku turut mengambil berat sebab barang kesayanganku pun turut ada kat situ.Hmm takut hilang beb..dah la nak beli mahal..nak ke sana tu pun satu hal. Balik dari Kuala Perlis kita orang singgah lagi ke rumah pengantin lelaki dengan tujuan nak meletakkkan barang2 yang telah dibeli tadi. Bayangkan la kereta dah tak muat dengan barang2 yang dibeli tadi. Macam mana nak balik ke Seremban dengan selesa. Azwa sepupu aku, dan adik kepada pengantin telah menjadi mangsa untuk tinggal di Perlis. Aku tahu Azwa suka tinggal kat situ sebab pakwe dia pun ada kat situ kan? Sampai di rumah Man (suami Huda) aku terperanjat sebab rumahnya ramai orang, makanan dah tersedia kat luar. Aku respect dengan semangat ukhwah jiran2 beliau turut serta dalam menyediakan makanan untuk kami sekeluarga. Menu yang dihidangkan ikan masin, kari ikan sepat masak lemak bercampur dengan sayur kundur , ikan goreng dan sambal belacan. Hmm memang sedap.. Lepas makan kita orang mandi manda dan suami berehat untuk tido. Pukul 3 anak makcik yang kecik menangis nak ikut emaknya, walhal maknya tido di rumah tumpangan depan, anaknya di rumah Man. Nasib baik anaknya menangis kalau tak kita orang tido sampai pagi. Pukul 3 tu kita orang bergerak perlahan lahan balik ke Seremban. Sampai di Seremban pukul 1 tengah hari..tido tido petang pukul 5 aku bergerak pula pulang ke Johor.

Pulau Langkawi Version 1





Aku sampai gak ke langkawi pada jam 7 petang..sampai sana cari van untuk ke IPP. IPP short form Institut Penginapan Peladang . Ada 3 bilik untuk biasa dan 2 untuk deluxe. Aku ambik yang biasa jer bayarannya murah sikit RM 100 satu malam yang bilik deluxe tu RM130 satu malam. Ala setakat bermalam jer tak penting, yang penting shooping. Bilik kat IPP tu boleh tahan macam kat hotel seri malaysia..ok la. Malam tu pakcik aku ajak kuar g makan ..aku kuar la gak makan kat warong sebelah hotel IPP tu..disebabkan ramai sangat dan makanan yang diorder tak sampai maka aku pun balik ke hotel. Suami aku tinggal aku soh dia bawa balik makanan yang aku order tu..aku dah tak larat nak tido.
Sok pagi nya kita orang berjalan pusing keliling langkawi tuh sewa 2 van..memula pergi ke kilang minyak gamat. Kat sana dah banyak company yang menjual minyak gamat. Aku pergi ke kilang ROJAM..sebab utama ke sini sebab abang ipar aku cakap ROJAM adalah kilang pertama yang menjual dan mengeluarkan minyak gamat ni kat Langkawi. Jadi dari segi mutu dan pembuatan tu ROJAM lagi bagus la dia kata..orang dah bawak aku ikut ajer. Lepas tu pergi Makam Mahsuri..aku tak masuk pun..Sekarang masuk kena bayar..lagipun 3 tahun lepas aku baru masuk. Asyik muka aku je masuk..mahsuri pun menyampah gaknya tengok muka aku..heheheh aku kat luar jer sambil menunggu sedara maraku lain yang belum pernah masuk. Dah lepas tu kita orang pegi Padang Mat Sirat tempat beras terbakar tuh...kat sana pun sama tak g tempat beras tu...aku g shooping..beli la baju..kain batik..baju tido, baju anak anak aku..Lepas tu destinasi seterusnya kita orang pergi underwater plak..tak masuk gak sebab aku dah pernah masuk, dok luar jerk. Lepas tu kita orang pergi dataran helang..aku ambik gambar kat area dekat ngan tempat parking jer..aku malas nak ke dataran sana..yer la dengan menggendong anak..huhuhu penatnya. Suami aku cakap tu la lain kali jangan beli tempat dukung yang macam nih..dia tak boleh nak dukung sama jatuh saham.Ye la pouch baby nya corak retro pastu dia cakap ala ala indon. Huhuhu berlagak.. Si sara suka la..bole tido kat tempat dukung aku nih..huhuhu penatnya tangan. Dah agak petang tu kita orang baru ke tempat syurga membeli belah bagi wanita.Pinggan mangkuk la apa lagi..Memula pergi kedai Ismail Group hmm aku tak borong pun masa kat sini..aku cuma beli Set Pinggan Corelle 18pcs jer..bunga coutry rose. Pastuh beli la sudu, senduk ngan garpu jer. Tak banyak aku borong hari nih.Hmm aku tengok cik wan banyak memborong..hmm cam ne nak bawa balik tu???

Padang Besar

Dah lama tak mengupdate blog nih..hmm tak de mood atau tak de bahan nak diceritakan? Masa raya cina aku sekeluarga pergi ke Padang Besar. Hari jumaat 23hb aku bertolak pergi ke Seremban. Lepas isyak bertolak ke Seremban itu pun dalam pukul 10 baru gerak ke sana. Menunggu suami balik dari masjid sempat pulak dia pergi cuci kereta memalam macam tu. Sampai kat seremban dah pukul 12, pakcik dan makcik aku ada yang dah tiba di sana. Semuanya dah tido.Pukul 3 pagi aku dah tak boleh tido sebab kata pukul 4 nak bertolak..aku kejut mak suruh bangun. Mak kejut azwa suruh pegi dapur sediakan keperluan masakan untuk dibawa. Aku kejut anak2 bersiap dan tolong apa yang patut. Pukul 6 lebih baru kuar dari umah.Dalam perjalanan ke Perlis banyak kali juga kita orang berhenti, jammed di highway melambatkan lagi perjalanan ke tempat yang dituju. Kakak aku yang duduk dekat Bangi malamnya dah bertolak pepagi dah msg aku cakap dah sampai Alor Setar. Maklum dulu duduk sana,ramaila kenalan dan banyakla tempat yang kakak aku singgah. Akhirnya petang baru kami sampai ke tempat yang di tuju. Dekat sana pengantin lelaki telah menyediakan penginapan sebiji rumah. Rumah mak saudaranya yang baru dibuat..Boleh tahan juga tempatnya..selesa untuk penginapan kami sekeluarga.
Keesokan pagi nya kami sekeluarga pepagi dah keluar pergi ke Padang Besar..bila dah sampai sana heheheh tempat jualan belum dibuka..rasanya kereta kita orang antara yang terawal parking kat sana.. Kat sana tak banyak yang aku borong..laki aku je yang banyak borong..memacam la dia beli selipar la, seluar la, baju laa..aku beli kerongsang ngan gelang untuk adik aku jer..heheh tapi sempat lagi mengepau laki aku selipar, baju tidur ngan beg coach walaupun bukan original. Kul 11 lebih pengantin perempuan dah call cakap dia dah siap, kita orang dalam perjalanan balik. Tapi malang dalam perjalanan balik kita orang sesat..tanya gak dengan orang yang berada di kawasan tu.Alhamdulilllah akhirnya jumpa balik ke rumah tumpangan. Terkocoh kacah kita orang nak mengiringi pengantin, sampai umah singgahan pengantin lelaki, tengok pengantin perempuan belum siap lagi..kiranya tak de la kita orang rasa bersalah sangat sebab pengantin tak siap lagi. Di rumah pengantin lelaki anak ku yang kedua jalan mengiringi pengantin di hadapan sekali. Aku di belakang saja dan aku dapat melihat si dina di hadapan bersama kakak dan sepupunya. Bila kita orang dah duduk kat kerusi suami bertanya padaku mana si Dina? Aku hanya menggelengkan kepala tidak tahu..kelam kabut gak aku mencari si Dina. Akhirnya aku jumpa juga..aku jumpa tu dia dah menangis teresak2 dan tak pakai selipar. Aku tanya mana seliparnya? dia bawa aku ke tempat dia hilang tu..rupanya kat rumah singgahan tadi. Dah habis majlis kita orang pergi ke jeti beli tiket untuk ke langkawi nasib baik ada. Untuk 5 keluarga tu tiketnya semua bernilai RM900 wooo banyaknyaa..sekarang tiket nak ke langkawi dah mahal..Semua barang mahal...