Thursday, February 12, 2009

Padang Besar

Dah lama tak mengupdate blog nih..hmm tak de mood atau tak de bahan nak diceritakan? Masa raya cina aku sekeluarga pergi ke Padang Besar. Hari jumaat 23hb aku bertolak pergi ke Seremban. Lepas isyak bertolak ke Seremban itu pun dalam pukul 10 baru gerak ke sana. Menunggu suami balik dari masjid sempat pulak dia pergi cuci kereta memalam macam tu. Sampai kat seremban dah pukul 12, pakcik dan makcik aku ada yang dah tiba di sana. Semuanya dah tido.Pukul 3 pagi aku dah tak boleh tido sebab kata pukul 4 nak bertolak..aku kejut mak suruh bangun. Mak kejut azwa suruh pegi dapur sediakan keperluan masakan untuk dibawa. Aku kejut anak2 bersiap dan tolong apa yang patut. Pukul 6 lebih baru kuar dari umah.Dalam perjalanan ke Perlis banyak kali juga kita orang berhenti, jammed di highway melambatkan lagi perjalanan ke tempat yang dituju. Kakak aku yang duduk dekat Bangi malamnya dah bertolak pepagi dah msg aku cakap dah sampai Alor Setar. Maklum dulu duduk sana,ramaila kenalan dan banyakla tempat yang kakak aku singgah. Akhirnya petang baru kami sampai ke tempat yang di tuju. Dekat sana pengantin lelaki telah menyediakan penginapan sebiji rumah. Rumah mak saudaranya yang baru dibuat..Boleh tahan juga tempatnya..selesa untuk penginapan kami sekeluarga.
Keesokan pagi nya kami sekeluarga pepagi dah keluar pergi ke Padang Besar..bila dah sampai sana heheheh tempat jualan belum dibuka..rasanya kereta kita orang antara yang terawal parking kat sana.. Kat sana tak banyak yang aku borong..laki aku je yang banyak borong..memacam la dia beli selipar la, seluar la, baju laa..aku beli kerongsang ngan gelang untuk adik aku jer..heheh tapi sempat lagi mengepau laki aku selipar, baju tidur ngan beg coach walaupun bukan original. Kul 11 lebih pengantin perempuan dah call cakap dia dah siap, kita orang dalam perjalanan balik. Tapi malang dalam perjalanan balik kita orang sesat..tanya gak dengan orang yang berada di kawasan tu.Alhamdulilllah akhirnya jumpa balik ke rumah tumpangan. Terkocoh kacah kita orang nak mengiringi pengantin, sampai umah singgahan pengantin lelaki, tengok pengantin perempuan belum siap lagi..kiranya tak de la kita orang rasa bersalah sangat sebab pengantin tak siap lagi. Di rumah pengantin lelaki anak ku yang kedua jalan mengiringi pengantin di hadapan sekali. Aku di belakang saja dan aku dapat melihat si dina di hadapan bersama kakak dan sepupunya. Bila kita orang dah duduk kat kerusi suami bertanya padaku mana si Dina? Aku hanya menggelengkan kepala tidak tahu..kelam kabut gak aku mencari si Dina. Akhirnya aku jumpa juga..aku jumpa tu dia dah menangis teresak2 dan tak pakai selipar. Aku tanya mana seliparnya? dia bawa aku ke tempat dia hilang tu..rupanya kat rumah singgahan tadi. Dah habis majlis kita orang pergi ke jeti beli tiket untuk ke langkawi nasib baik ada. Untuk 5 keluarga tu tiketnya semua bernilai RM900 wooo banyaknyaa..sekarang tiket nak ke langkawi dah mahal..Semua barang mahal...

2 comments:

Anonymous said...

mahalnya tiket..patut la klu kita beli brg ada brand tu mahal ek...mana gambar....

haticantik said...

gambar nanti mak yot..belum download lagi..:)tu arr..kita ni kekadang lagi nak murahh..