Friday, January 23, 2009

Gong Xi Fa Cai




Hari ni minggu aku last bekerja dalam bulan nih..Bukan aku nak berhenti keja pun aku nak rehat lama saja merehatkan diri, menenangkan fikiran dan menghabiskan cuti aku yang banyak tu. Nasib baik sepupu aku ada buat majlis kahwin kat Padang Besar. Kalau tak aku tak cuti la gamaknya..Ye la kalau aku cuti pun..suami aku tak nak cuti..hmm macam tak de kan. Hmm semalam balik keja anak aku dan anak saudaraku dah tertonggok kat depan pintu. Heheheh tu mesti menunggu kepulanganku balik kerja tuh. Nak diceritakan semalam petang melayan karenah dina.. Dia mengadu jatuh kat luar masa main petang semalam.

Dina : huhuhuh Dina jatuh.
Ibu: Jatuh kat mana?
Dina: Jatuh kat luar..
Ibu: Sapa suruh main kat luar?
Dina: Dina nak cakap dengan ayam..
Ibu: Nak cakap apa?
Dina: Dina nak tanya ayam dah mandi ke belum?
Ibu: Habis ayam cakap apa?
Dina: Ayam tak cakap, Dina tanya kucing..
Ibu: Dina tanya kucing apa plak?
Dina: Dina tanya kucing dah mandi ke belum?
Ibu: Kucing jawap apa?
Dina: .......
Ibu: (aku nak ketawa terbahak bahak sebenarnya)

K la sempena ketiadaan aku selama seminggu ni..kengkawan semua jaga la diri bebaik erk..I nak pergi bercuti nih..hehehehhe. Jaga diri n hiasi peribadi...Chow cincau heheeeh


Dina tengah layan bibir (masa sesi soal jawab)


Sara n Nisa

No comments: