Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, May 11, 2009

Meehon Goreng Lada Sulah



Bahan-bahan


1 peket meehon (direndam)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu udang kering (direndam)
sedikit isi ayam
1 sudu lada sulah yang telah dikisar
5 tangkai daun sawi
segenggam daun tauge
2 biji cili merah (untuk hiasan)
sedikit minyak masak
sedikit garam dan ajinomoto

Cara-caranya

Tumbuk bawang putih, bawang merah,halia dan udang kering bersama.
Panaskan minyak...masukkan bahan tadi, apabila sudah wangi masukkan pula isi ayam dan udang. Tumis sehingga garing...
Masukkan garam, sedikit serbuk perasa dan lada sulah yang telah dikisar halus tadi.
Masukkan meehon yang telah dicelur tadi, untuk menghasilkan meehon yang lembut, masukkan lagi sedikit air. Kacau sehingga sebati.
Masukkan sawi dan tauge , kacau sehinggga rata.
Hidangkan bersama cili besar yang dihiris halus.
Sedia untuk dinikmati.

Thursday, March 12, 2009

Laksa Penang



Laksa Penang

Bahan-bahannya
1 kg Ikan kembung/ kacang/ sardin/ selayang
5 biji bawang merah
5 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Cili kering (ikut suka..kalau nak pedas letak lebih)
Belacan (ikut suka gak)
5 keping Asam Keping
Laksa
Daun Kesum
Bunga Kantan
Sedikit garam

Bahan-bahan Ulam
Timun
Salad
Telur Rebus
Bawang Besar
Cili Api
Limau Kasturi
Daun Salem (Jika ada)

Cara-caranya
Rebus ikan tersebut. Selepas itu ambik isinya..dan blender.
Air rebusan tadi jangan dibuang. Masukkan isi yang telah diblender ke dalam air rebusan itu
Blender cili kering,bawang putih, bawang merah, bawang besar dan belacan.
Masukkan ke dalam air rebusan tersebut.
Masukkan air lagi, daun kesum dan bunga kantan, masukkan juga asam keping.
Laksa tersebut boleh la direndam dan direbus.
Ulam ulam tersebut boleh la dihiris halus..
Sedia untuk dimakan..