Thursday, February 12, 2009
Pulau Langkawi Version 1
Aku sampai gak ke langkawi pada jam 7 petang..sampai sana cari van untuk ke IPP. IPP short form Institut Penginapan Peladang . Ada 3 bilik untuk biasa dan 2 untuk deluxe. Aku ambik yang biasa jer bayarannya murah sikit RM 100 satu malam yang bilik deluxe tu RM130 satu malam. Ala setakat bermalam jer tak penting, yang penting shooping. Bilik kat IPP tu boleh tahan macam kat hotel seri malaysia..ok la. Malam tu pakcik aku ajak kuar g makan ..aku kuar la gak makan kat warong sebelah hotel IPP tu..disebabkan ramai sangat dan makanan yang diorder tak sampai maka aku pun balik ke hotel. Suami aku tinggal aku soh dia bawa balik makanan yang aku order tu..aku dah tak larat nak tido.
Sok pagi nya kita orang berjalan pusing keliling langkawi tuh sewa 2 van..memula pergi ke kilang minyak gamat. Kat sana dah banyak company yang menjual minyak gamat. Aku pergi ke kilang ROJAM..sebab utama ke sini sebab abang ipar aku cakap ROJAM adalah kilang pertama yang menjual dan mengeluarkan minyak gamat ni kat Langkawi. Jadi dari segi mutu dan pembuatan tu ROJAM lagi bagus la dia kata..orang dah bawak aku ikut ajer. Lepas tu pergi Makam Mahsuri..aku tak masuk pun..Sekarang masuk kena bayar..lagipun 3 tahun lepas aku baru masuk. Asyik muka aku je masuk..mahsuri pun menyampah gaknya tengok muka aku..heheheh aku kat luar jer sambil menunggu sedara maraku lain yang belum pernah masuk. Dah lepas tu kita orang pegi Padang Mat Sirat tempat beras terbakar tuh...kat sana pun sama tak g tempat beras tu...aku g shooping..beli la baju..kain batik..baju tido, baju anak anak aku..Lepas tu destinasi seterusnya kita orang pergi underwater plak..tak masuk gak sebab aku dah pernah masuk, dok luar jerk. Lepas tu kita orang pergi dataran helang..aku ambik gambar kat area dekat ngan tempat parking jer..aku malas nak ke dataran sana..yer la dengan menggendong anak..huhuhu penatnya. Suami aku cakap tu la lain kali jangan beli tempat dukung yang macam nih..dia tak boleh nak dukung sama jatuh saham.Ye la pouch baby nya corak retro pastu dia cakap ala ala indon. Huhuhu berlagak.. Si sara suka la..bole tido kat tempat dukung aku nih..huhuhu penatnya tangan. Dah agak petang tu kita orang baru ke tempat syurga membeli belah bagi wanita.Pinggan mangkuk la apa lagi..Memula pergi kedai Ismail Group hmm aku tak borong pun masa kat sini..aku cuma beli Set Pinggan Corelle 18pcs jer..bunga coutry rose. Pastuh beli la sudu, senduk ngan garpu jer. Tak banyak aku borong hari nih.Hmm aku tengok cik wan banyak memborong..hmm cam ne nak bawa balik tu???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
biase le cik wan memborong?
ingat bawa kete sendiri ka?
kedekut plak?
meluat le..
Post a Comment