Tuesday, May 5, 2009

Cup Cake Coklat



Cup Cake Coklat


Bahan A
2 cawan tepung serbaguna/gandum
1 cawan serbuk koko
2 tsp baking powder
2tsp bicarbonat
3 tsp serbuk nescafe
secubit garam

Bahan B
2 cawan gula castor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-Caranya
Di dalam mangkuk pengadun campurkan semua bahan A yang telah diayak
Di dalam bekas lain campurkan semua bahan B dan pukul sebati
Putar bahan A perlahan-lahan sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua adunan sebati.
Tuangkan air panas dan putar lagi..
Masukkan ke dalam cup kecil. Bakar pada suhu 175'c selama setengah jam
Adunan ini menghasilkan seratus biji cup cake..
Selamat Mencuba

3 comments:

Aku_tulip said...

alahai....cup kek la plak....ko tak bg aku pon..aku naik keja, ko buat lg tau..sempena menyambut aku naik keja..heheheh

haticantik said...

ko tengah pantang mana boleh makan..tengok la kalau aku rajin..hari tu buat sebab umah aku yasin la..kalau tak ..tak rajinnya aku nak buat...huhuhuhu

zputri said...

Anak aku pun suke kek dalam bekas kecil...tiap2 pagi beli kuih kecik kat mak cik. Tapi bukan kek,mcm apam.