Wednesday, May 4, 2011
Sukan Pra Sekolah
Jumaat 30 April yang lepas anak aku yang kedua masuk suka pra sekolah..aku pun tak paham ngan dia tuh...dan aku pun confius dengan acara yang dia masuk...bila aku tanya dia cakap masuk lari baton...dalam hati hahahahh macam la kuat sangat lari..tapi aku iyerkan je laa..bila aku tanya dia.."dina syair masuk sukan tak? (syair tu anak kawan kat opis) dengan lagak mencebik dia jawab..syair lembek..tak kuat lari...wah mengata orang pandai pulak...hari jumaat tu pun dia lawan la..kat sekolah keb pt bingan aku tak dapat pergi sebab ada keja..lagi pun keja..malas nak kuar...lagi pun tak de kawan..kalau ada kawan tu syiok gak nak g ...laki aku plak tak boleh nak pergi sebab ada keja yang harus diselesaikan..sian dina. Tengah hari tu aku balik keja dia ada...bila aku tanya menang tak..dia cakap menang..bila mak aku tanya menang tak dia cakap tak tahu...hmmm statusnya aku langsung tak tahu...huhuhuhu. Petang tu aku call cikgu murni..aku tanya cikgu murni yang dina ni sebenarnya masuk acara apa? Cikgu tu jawab lompat jauh..(dalam hati ketawa berdekah) lompat jauh rupanya.. aku tanya cikgu dia..menang tak cikgu..cikgu dia gelak jer...heheheh tak menang pun..aku tanya lagi ..besok tak payah datang la erh...sabtu untuk acara balapan...cikgu cakap dina kena datang sebab dia reserve...simpanan rupanya anak aku nih..wahh bila aku tanya berlagak macam terror lari..walhal aku tahu dia tu bukannya kuat sangat lari..tapi boleh plak cakap orang lain lembik tu..aduhai anak...pening ibu fikirkan dina nih
Monday, April 18, 2011
Cara Pemakanan Rasulullah

Ada sedikit ilmu yg ingin mungkin bleh dikongsi bersama
Tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
perkataan JANGAN mungkin bleh ditimbang dengan ELAKKAN,
sb mungkin ada yang kata dia makan selama ni ok je..
dalam jangka masa terdekat mgkn kita dok rasa kesan dia
Ianya mungkin ada kesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-
-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Mungkin perkara di atas biasa sangat untuk didengar
Tapi mungkin wat panduan dan ilmu yang diulang untuk kebaikan bersama
Sama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam,
"Allah Mengetahui Apa Yang Terbaik"
Wednesday, March 2, 2011
Doaku Untukmu Suami....

Hari ni aku nak tulis pasal doa..aku suka doa yang aku jumpa nih...hope kalau laki aku terbaca blog aku nih..dia bacalah bahawa doa ni kutujukan khas untuk dia...Kutujukan sempena ulangtahun beliau yang ke 34 dan ulangtahun perkahwinan kami pada 9/3/2011 ini.
DOA SEORANG ISTERI:
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatasKau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segaladugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikanKurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah
Sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMuYa Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Monday, February 28, 2011
Tahyatul Masjid
Hmmm tetiba aku teringat pulak nak tulis pasal solat tahyatul masjid..citernya cam nih...Selalu aku kalau g masjid walau masa aku sampai azan tengah berbunyi aku akan solat walau azan tu tengah ke udara...sekarang ni aku duduk kat makmal ptm 4 sebab office aku renovation...dan Allah bagi aku nikmat dan peluang untuk menunaikan ibadat solat secara berjemaah di Masjid UTHM. Selalu bila aku sampai kat masjid azan asar dah berkumandang..aku ambik wudhuk..aku pakai telekung terus aku duduk...heheheh sebab aku tengok x der plak orang solat kan...aku jadi segan la kalau time azan aku solat..tapi kalau masjid2 luar..bila orang tu masuk je masjid dia orang akan terus solat..dalam hati ni tertanya2...nak buat mana satu erh..duduk diam..atau solat 2 rakaat?? Tapi aku tak tahu nak tanya sapa dan tertanya2... Hari jumaat semalam dengar Al-KUliyah kat tv3...ada satu soalan berkaitan dengan apa yang aku tertanya2 nih...
Soalan tu lebih kurang macam ni "USTAD SAYA DATANG MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT, TAPI SAYA DATANG DAH LAMBAT..SAYA DATANG DAH NAK MASUK KHUTBAH...DENGAR KHUTBAH TU ADALAH RUKUN YANG WAJIB DALAM SOLAT JUMAAT..MANA SATU WAJIB SAYA BUAT BILA SAMPAI MASJID? DUDUK DENGAR ATAU SOLAT 2 RAKAAT? ustad tu jawab...kena buat solat tahyatul masjid dulu..
Disunatkan mengerjakan sembahyang dua rakaat bagi orang yang memasukki masjid. Ia dinamakan dengan sembahyang Tahiyatul Masjid. Iaitu sembahyang menghormati masjid. Maksud menghormati di sini ialah mengagungkan tuan masjid itu (Allah Taala).
Sabda nabi s.a.w.:
"Apabila salah seorang dari kamu masuk ke masjid, maka jangan duduk sehingga dia bersembahyang dua rakaat." (Riwayat al-jamaah dari Abi Qatadah, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Masuk ke masjid tanpa melaksanakan sembahyang Tahiyatul Masjid adalah makruh.
Kesunnahan melaksanakan solat Tahiyatul Masjid akan luput dengan duduk yang lama, atau duduk sekejap dalam keadaan dia tidak lupa dan tahu tentang kesunnahannya.
Mudah mudahan kita semua mendapat pahala dan keredhaan dari Allah.. amin..
Soalan tu lebih kurang macam ni "USTAD SAYA DATANG MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT, TAPI SAYA DATANG DAH LAMBAT..SAYA DATANG DAH NAK MASUK KHUTBAH...DENGAR KHUTBAH TU ADALAH RUKUN YANG WAJIB DALAM SOLAT JUMAAT..MANA SATU WAJIB SAYA BUAT BILA SAMPAI MASJID? DUDUK DENGAR ATAU SOLAT 2 RAKAAT? ustad tu jawab...kena buat solat tahyatul masjid dulu..
Disunatkan mengerjakan sembahyang dua rakaat bagi orang yang memasukki masjid. Ia dinamakan dengan sembahyang Tahiyatul Masjid. Iaitu sembahyang menghormati masjid. Maksud menghormati di sini ialah mengagungkan tuan masjid itu (Allah Taala).
Sabda nabi s.a.w.:
"Apabila salah seorang dari kamu masuk ke masjid, maka jangan duduk sehingga dia bersembahyang dua rakaat." (Riwayat al-jamaah dari Abi Qatadah, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Masuk ke masjid tanpa melaksanakan sembahyang Tahiyatul Masjid adalah makruh.
Kesunnahan melaksanakan solat Tahiyatul Masjid akan luput dengan duduk yang lama, atau duduk sekejap dalam keadaan dia tidak lupa dan tahu tentang kesunnahannya.
Mudah mudahan kita semua mendapat pahala dan keredhaan dari Allah.. amin..
Sunday, January 30, 2011
Hujan
Dina kena posing kat hujan...mak usu dia suruh

Dah masuk hari hujan turun ... ada yang mengeluh...alamak hujan...alamak asyik hujan jer camne nih,hujan lagi...bermacam macam keluhan...tapi semua tukan datangnya dari Allah...doa doalah di dalam hati atau di luar hati semoga hujan ini tidak membawa musibah kepada kita dan mereka yang lain. Takut juga kan kalau banjir...kain kat umah ni pun rasanya lembap ..tempat sidai kain pun dah tak cukup...apa yang aku nak buat waktu2 hujan nih...makan dan tido je la kejanya...Anak2 pun dah start cuti sekolah...hmmm kacau bilau gak keadaan dalam umah...aku asyik kemas jer...baru kemas dah buat sepah..penatnyaa...Cik suami sejak dun tenang buat pilihanraya dia asyik x der kat umah jer...asyik ke felda tenang jer...hari ni pilihan rayanya..kata setengah raya sampai ke petang tak balik2.Dia cakap sana dah banjir.. jalan kat pekan labis terputus..aku cakap naik kapal terbang jelaa...hujan di luar semakin lebat..seperti kuatnnya perut ku berkeroncong minta di isi...harap2 hujan akan reda...sian orang yang kawasan rumahnya rendah..mesti dah dinaiki air....
Tepi umah....
Wednesday, January 19, 2011
2011
Hmm dah lama tak berblogging nih...tak sempat rasanya...apa je yang aku buat erh? Ish banyak yang aku buat...ada je keja yang menanti rasa macam tak sempat nak rehat...heheheheheh. Kenapa tetiba hari ni rasa nak berblogging sebab nampak ayu punya status kat fb yang baru nak bermula nak berblogging...Nak ambik gambar letak kat blog tapi hp nya macam hampeh tak bleh nak transfer gambar . Jadinya rasa cam tatau nak citer apa..padahal banyak benda yang boleh diceritakan..seperti hari hari cite kat mak yot dan rakan rakan sekelian. Sekarang ni aku tengah duduk kat makmal ptm 4 sebab opis aku tengah renovation nak dipercantikkan lagi..bukan diperbesarkan. Kalau diperbesarkan bagus gak..mesti selesa aku duduk. Tapi apa pun bersyukur apa yang tuhan bagi kat aku..kita seharusnya bersyukur dan redha apa yang telah diberi oleh Allah..Tapi hari ni macam rasa menyesal sebab pepagi dah marah anak aku yang sulong.Tak patut aku marah dia pepagi tadi..puncanya sebab dia menjerit...aku rasa satu umah dari depan sampai belakang dengar...sampai mak aku yang kat bilik tu pun boleh keluar tanya napa pepagi nak marah2 macam tuh. Aku sebenarnya terkejut sebab dia jerit kuat sangat...tak penah plak dia menjerit cam tu selama nih..agaknya tension kot huhuhuhu yer laa..c datin irdina tu asyik memerintah dia jer...sian plak kat anak aku yang sulong nih...Pastu suami aku nasihatkan aku...jangan marah2 kat syira nih...aku yer kan jer..yer la semua benda dia nak buat..biarkan je c dina buat untuk diri dia sendiri( dalam hati nak suruh dina buat sendiri alamat tidak ke sekolah la jawabnya) huhuhuhu.
Thursday, July 15, 2010
Gerhana Bulan

Gambar bulan yang aku ambik dari umah kecik banget...maklum guna kamera murah

C dina..dia sempat capai telekung nak ikut aku g masjid..yang lain tinggal kat umah

Orang perempuan makan kat beranda tepi masjid jerk..
Salam...dah lama rasanya tak update blog ni...aku nak citer pasal gerhana bulan hari tuh...Seawal petang aku dah bersiap siap di rumah untuk pergi ke masjid menunaikan solat gerhana bulan. Al maklum la tak pernah pun menunaikan gerhana bulan..di samping tu kat masjid Sabak Uni ada ceramah terjadinya pasal gerhana bulan dan solatnya. Petang tu aku dah siap siap la nak ke masjid, time nak pergi tu huhuhu anak-anak aku melalak nak pergi..lagi lagi c Sara yang no 3 tu..melalak2 nak ikut. Laki aku cakap nak pergi ker? Dia marah aku..dia kata jangan pentingkan diri..aku cakap ok la tak pergi...huhuhu...yer la anak anak lagi penting sebab perempuan solat kat masjid hukumnya sunat muakad je bukan wajib pun. Ni sembahyang maghrib menangis2 ..berdoa pun menangis2...aku doa..aku pergi bukan nak suka2..tapi aku nak dengar tentang ceramah gerhana bulan, nak juga tahu solat gerhana tu macam mana. Aku doa biarlah Allah sampaikan doa aku ni pada hati suami aku..biar dia memahami aku..bukannya aku mementingkan diri sendiri. Nak dijadikan cerita pukul 8.15 laki aku call dari masjid..dia tanya buat apa? aku cakap bagi makan anak..datang la masjid tengok gerhana bulan. Aku cakap ambik la...jap lagi dia sampai ambik aku..wah doa aku dimakbulkan...heheheh seumur hidup baru sekali ni solat gerhana bulan ngan dengar ceramah pasal gerhana yang disampaikan oleh ustad Amin.
CARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN BULAN
Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Dalilnya :
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Dalilnya :
عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.
Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”
Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian
i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :
i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Kaifiatnya adalah seperti berikut:
Berdasarkan hadis :
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
Subscribe to:
Posts (Atom)