Jumaat semalam aku cari resepi untuk masuk pertandingan memasak. Pertandingan ni dibuat sempena mengimarahkan masjid sempena sambutan maal hijrah. Malas rasanya nak masuk pertandingan ni tapi kesian plak wakil dari kampung aku tak de yang masuk..jadi dengan dipaksa oleh suami dah ibuku..aku masuk la jugaa...pelbagai acara yang telah dibuat sempena menyambut maal hijrah pada hari sabtu semalam. Antaranya pada waktu pagi pertandingan mewarna bagi kanak-kanak telah diadakan. Dan sebelah petang pertandingan gubahan dan masakan bagi peserta wanita. Pertandingan memakai serban dan memukul gendang bagi peserta lelaki. Ramai gak yang masuk dalam pertandingan memasak tersebut. Syaratnya bahan asas untuk memasak tu adalah keledek. Pening gak nak cari resepi yang menggunakan keledek..karipap keledek? bingka keledek? hmm tu semua cam biasa jer..akhirnya search kat blog resepi diana jumpala pie keledek. Akhirnya aku buatla pie keledek. Pertandingan membuat gubahan pula bahan asasnya menggunakan sejadah. Tapi aku tak masuk sebab tak kreatif hehehehehe..
Antara mereka yang masuk dalam pertandingan memakai serbanAntara gubahan yang dibuat menggunakan sejadah
No comments:
Post a Comment