Wednesday, January 7, 2009

Pai Keledek Manis

Bahan Untuk Kulit

4 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan shortening
1 biji telur
1/2 cawan air ice
1 sudu besar cuka

Cara-caranya

1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk. Masukkan shortening dan gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Dalam bekas lain masukkan telur, air ice dan cuka tersebut.Gaulkan semua bahan tersebut.

3. Masukkan campuran telur tadi ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Bungkuskan doh tersebut dalam plastik , masukkan ke dalam peti ais sehingga mahu digunakan.

Bahan Untuk Inti

4 sudu besar butter
1/2 cawan gula pasir
3 biji telur - asingkan kuning dan putih
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 cawan keledek merah yang direbus dan dilecek
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-caranya

1. Pukul butter dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur dan serbuk kayu manis.

3. Selepas tu masukkan pula keledek yang telah dilecek serta susu pekat manis tersebut dan gaul hingga rata.

4. Akhir sekali putar putih telur sehingga putih dan masukkan ke dalam adunan inti tadi.

No comments: