Monday, January 19, 2009

Sesi Persekolahan




Tanggal 5hb Januari hari tu sesi persekolahan bagi tahun 2009 telah bermula..Maka bermulalah kehidupan aku sebagai seorang ibu untuk menguruskan anak anak di waktu pagi. Maka bertukarlah jadual aku di waktu pagi..tahun ni sebab dua anak sudah mula bersekolah..si kakak start pra sekolah..si adik sekolah iman child care..Pergi sekolah suami aku anta..balik nya dua dua naik van..Tapi dua-dua naik van yang berlainan. Hari pertama persekolahan si kakak(insyirah) excited nak bersekolah ...begitu juga dengan si adik(dina). Kat sekolah dina ..hari pertama dia cakap ngan ayah dia..AYAH TUNGGU LUAR LAA..pastu dia cakap AYAH BALIK DULU LA. Alhamdulillah hari pertama senang sikit nak handle si dina nih..hari kedua dan seterusnya..hari2 tendang pintu pagar nak ikut ayah dia balik umah.Siap ada satu hari tu dia jerit2 nak ikut ayah balik buat susu..Sekarang ni setiap kali pergi sekolah aku kena bekalkan susu dalam botol untuk dia minum kat sekolah.Kalau tak mahu meraung setiap kali ditinggalkan kat sekolah..

Mak Usu: Dina kenal Miza? (Miza tu anak sepupu kawan yg juga bersekolah di iman childcare)
Dina: Kenal.Miza tu selalu nangis pepagi nak ikut ayah dia balik.
Mak Usu: Dina tak nangis la pergi sekolah?
Dina: Dina pun nangis juga. Dina nak ayah tunggu dina.
Mak Usu: Pergi sekolah mana boleh nangis.

2 comments:

Aku_tulip said...

gambar bawah tu kan...aku mcm tau la dina posing mcm sape..heheheh

haticantik said...

aku tak posing cam tu la..aku kalau posing tutup lemak aku..