Tuesday, May 5, 2009

Cup Cake Coklat



Cup Cake Coklat


Bahan A
2 cawan tepung serbaguna/gandum
1 cawan serbuk koko
2 tsp baking powder
2tsp bicarbonat
3 tsp serbuk nescafe
secubit garam

Bahan B
2 cawan gula castor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-Caranya
Di dalam mangkuk pengadun campurkan semua bahan A yang telah diayak
Di dalam bekas lain campurkan semua bahan B dan pukul sebati
Putar bahan A perlahan-lahan sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua adunan sebati.
Tuangkan air panas dan putar lagi..
Masukkan ke dalam cup kecil. Bakar pada suhu 175'c selama setengah jam
Adunan ini menghasilkan seratus biji cup cake..
Selamat Mencuba

Tuesday, March 17, 2009

Cuci Mata Gambar Langkawi









Hehehe saja nak tepek gambar yg aku g langkawi ari tuh..gambar posing ngan corelle..Jom cuci mata

Monday, March 16, 2009

Jalan Jalan Bp Mall

Hmm apa aktiviti hari minggu aku semalam erh..Hari sabtu tiada aktiviti menarik yang aku buat kat rumah.Hanya sekadar menguruskan anak2 dan melakukan pekerjaan suri rumah tangga. Aku masak asam pedas ikan manyung letak lada hitam, petangnya aku buat karipap.Aku boring sebabbb tak apa apa yang nak dibuat. Lagi pun hujan lebat..bebudak ada kat rumah, kalau aku buat mesti ada yang makan. Hari ahadnya aku ada banyak jemputan..kol 1 tu aku g jemputan umah kawan aku kat Pt Baring..member satu kelas dulu masa tingkatan 4 n 5. Dah tu balik solat zuhor g air hitam plak..jemputan umah kawan suami masa g umrah dulu. Balik dari jemputan aku ajak suami pergi BP Mall, aku cakap nak belikan hadiah besday untuk dia. Aku bukannya tak nak belikan dia hadiah sendiri..sebab aku tahu dia tu cerewet sangat nanti kalau aku belikan dia tak berkenan.Last dia tak guna apa yang aku beri..aku gak yang kecewa..semalam dia cakap nak beli jam..so besday dia kali ni aku hadiahkan jam. Masa kat Bp Mall adik aku mms gambar anakku yang no 3. Sara aku tinggalkan kat umah..saja la tu nak menyatakan suruh balik cepat...


Rupa Sara Makan Ais Krim

Thursday, March 12, 2009

G Kebun Nenas







Hari minggu yang lepas aku , suami, mak ngan adik g ke kebun nenas kepunyaan mak aku. Mak aku soh laki aku tukar kasi tanam kelapa sawit. Tak de la luas sangat kebun nenas mak aku ni 4 ekar lebih jer..nak tanam kelapa sawit pun rasanya tak de la sesuai sangat sebab tanah kat kebun ni adalah tanah gambut..Kat kebun tu ada gak pondok yang didiami oleh warga indonesia yang buat kerja2 tanam nenas tuh..Dah jadi macam dia punya tanah plak kan..Masa aku g indon nya tak der..aku sempat lagi sekodeng kat dalam umah tu ada peti ais..kira complete gak la..heheheh. Sebenarnya mak aku ajak tengok tanah ni sebab..ada orang kampung parit tengah tu cakap nak tumpang tanam nenas..Dia janji dah 3 kali tanam dia nak tukar tanam kelapa sawit sebagai balasannya..sampai sekarang itu nenas tak bertukar menjadi kelapa sawit. Tu yang mak i hot tuh..hehehehhe jom kita layan tengok gambarnyaa

sulam riben




Ni sulam riben yang aku buat 2 minggu lepas..hajat dihati nak buat pouch..tapi nak buat yang simple simple jerk.. Nanti kalau dah jadi aku tepek lagi gambarnya..Ni gambar yang belum jadi bendanya..

Marie Cheesecake


.

Marie Cheesecake

Bahan-bahannya

Untuk lapisan bawah
20 keping biskut marie
butter secukupnya

Lapisan Atas
250g cream cheese phill
3/4 cawan gula kastor( bleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan whipping cream
1 biji telur
sedikit esen vanila(boleh tukar kepada jus lemon)

Cara-caranya

Untuk lapisan bawah
Cairkan butter dan masukkan ke dalam biskut yang telah diblender hancur.
Kacau sehingga boleh dikepal. Masukkan ke dalam cup.

Untuk lapisan atas
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga sebati. Masukkan whipping cream dan kacau sehingga sebati lagi. Selepas itu masukkan telur dan masukkan esen atau perahan lemon tadi.
Pukul sehingga sebati lagi dan masukkan terus ke dalam cup.
Bakar dalam 20 minit atau 30 minit sehingga kekuningan.
Masukkan ke dalam fridge.
Sedap dimakan pabila sejuk

Nasi Lemak



Nasi Lemak

Bahan-bahan Untuk Nasi
2 Pot beras
2 cawan santan
Halia
Buah keras
Sedikit Garam

Bahan Untuk Sambal
Cili Kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan

Bahan Untuk Hiasan
Telur (direbus)
Kacang (digoreng)
Timun (dipotong)

Cara-caranya
Masak beras tadi seperti masak nasi.
Bahan untuk sambal diblender dan tumis hingga garing dan masak.
Sedia untuk dihidang