Monday, May 24, 2010

Memberi Kerana Allah

Cerita ni aku ambik dari sorang blog kawan aku...aku copy citer nih..
cuba la korang hayati dan memahaminyaa..

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

"
Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi
!

Tuesday, May 18, 2010

Programme Score A

Salam dah lama x update blog..bz sangat kat opis key in fail student intake bulan 12 yang lepas..heheheheh bz sangat la tuh.Hmm kat sini aku nak share sket programme score A yang kawan aku join. Programe ni bagus untuk anak anak kita yang nak ambik periksa.Aku nak jer masuktapi memandangkan lap top pun x der camne nakbagi kat anak aku tuh kan. Ada komputer pun suami dah bawa g opis..takperla insyallah kalau ada rezeki aku akan masukkan gak anak aku programe score A nih. Tunggu ya nak bila ibu ada duit nanti ibu belikan lap top. Kengkawan yang lain nak join boleh la click Programe Score A ni.

Wednesday, May 5, 2010

Waktu Haram Solat

Salam..bila bercerita waktu haram solat aku teringat masa aku form 6 dulu ,masa tu umur aku 19 tahun kira dah besar ,dewasa dan patut tahu tentang agama ni dengan lebih mendalam. Tapi umur dah cecah 30 ni barula tahu waktu2 haram solat. Betapa jahilnya diri ini. Masa form 6 dulu sebelum nak pergi sekolah aku buat solat hajat supaya dapat jawab soalan periksa sejarah. Aku x ingat aku solat hajat dalam pukul berapa,tp belum pukul 8 kot.Huhuhu bukan ke waktu haram untuk solat tuh, kecuali solat yang bersebab contohnya solat qada. Entah la aku pun x ingat, tapi masa jawab soalan sejarah tu semua soalan yang aku target semua kuar n aku dapat A. Hmm kat sini aku nak cite sket waktu haram kita solat. Maksud aku solat sunat atau solat-solat yang tidak bersebab.

WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT (Solat sunat atau solat tidak bersebab)

1. Selepas menunaikan solat suboh sehingga naik matahari.
2. Waktu terbit matahari.
3. Waktu tepat rambang matahari.
(Sebab tu kalau nak solat zuhor lambatkan sket waktunya biar matahari tergelincir sket,baru kita solat)
4. Selepas menunaikan solat Asar hingga terbenam matahari.
5. Waktu matahari sedang terbenam.
(waktu ni dikatakan syaitan sedang berpesta)

Monday, May 3, 2010

Perkahwinan

Minggu lepas aku menghadiri seminar Keluarga Cemerlang Ummah Gemilang, seminar ni dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Johor dan UTHM. Seminar ni peringkat negeri Johor. Banyak tips dan ilmu yang dapat aku pelajari. Kat sini ada sedikit info slilde yang aku perolehi dari ceramah "2 Jiwa 1 Hati". Penceramahnya Ustad Mohd Nasri Bin Rahman,Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Johor. Ceramah yang berunsur keilmuan tapi penuh dengan lawak tak jemu aku mendengarnya.


HAKIKAT PERTEMUAN
  • Pertemuan sesama manusia pasti terpisah akhirnya.
  • Pertemuan dengan dunia pasti ada penghujungnya.
  • Pertemuan dengan Allah, Allah pasti kekal selamanya.
DOA PERTEMUAN

  • Ya Allah, jika aku jatuh cinta ,cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu.
  • Ya Allah jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padamu.
  • Ya Allah jika aku jatuh cinta, jagalah hati seseorang yang hatinya terpaut padamu.
  • Ya Allah jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidal berpaling dari hatimu.
  • Ya Allah jika aku merindui kekasiku janganlah biarkan aku melampaui batas,hingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padamu.

JODOH DI TANGAN ALLAH

  • Manusia berhak memilih tapi Allah menentukan.
  • Allah tentukan jodoh manusia atas kehendaknya .
  • Kita tidak akan dapat jodoh yang macam kita.

RAHSIA JODOH ALLAH

  • Sebagai ujian akal,hati,roh dan nafsu.
  • Sebagai amanah hidup.
  • Bukan hak milik kita.
  • Sebagai ibadah kerana Allah.
  • Bukan untuk kita (hamba).

AKU TERIMA NIKAH

  • Terima seadanya segala pemberian Allah.
  • Terima seadanya segala baik mahupun buruk.
  • Terima seadanya bahagia mahupun derita.
  • Terima seadanya hidup mahupun mati.

SIAPA ITU PEREMPUAN

  • Hatinya selalu menggelegak.
  • Perasaannya terlalu mendalam.
  • Semangatnya mudah hilang.
  • Tanggapannya mudah menerawang.
  • Jiwanya mudah diganggu.
  • Tumpah darah setiap bulan.
SIAPA ITU LELAKI
  • Hatinya tidak mudah bergoyang.
  • Banyak guna akal walaupun salah.
  • Perasaannya mudah berubah.
  • Tanggapannya terlalu mudah.
  • Jiwanya tidak mudah mengalah.

BAGAIMANA MENCARI PERSEFAHAMAN

  • Sentiasa semak hati dan perasaan pasangan.
  • Sentiasa segera pulihkan hati dan perasaan pasangan.
  • Sentiasa membuat perubahan untuk kebahagiaan pasangan.
  • Sentiasa bersikap terbuka dalam memahami watak pasangan.

BAGAIMANA MENAMBAH KASIH SAYANG
  • Banyakkan penghargaan.
  • Banyakkan pertolongan.
  • Banyakkan kemaafan
  • Banyakkan doa dan amalan.
  • Banyakkan petua dan idea dalam perhubungan.

Wednesday, April 14, 2010

Solat Dhuha

Salam..aku ambik tips ni dari blog Tuan Hj Arshad.
Korang amalkan la..insyallah dilempahruaahkan rezeki walau pun sedikit..
Alhamdulillah kat opis ni aku diberi kesempatan untuk mengamalkannya.


Solat Sunat Dhuha Penghapus Dosa dan Pemberi Rezeki


Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.(2 rakaat 1 salam)

Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.

"Rasulullah bersabda lagi,"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.

"Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Tatacara menunaikan solat Dhuha:

1. Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
2. Membaca Surah Al-Fatihah
3. Membaca surah Asy.Syamsu pada rakaat pertama atau cukup dengan membaca Qulya jika tidak hafal surah Asy.Syamsu.
4. Membaca Surah Adh-Dhuha pada rakaat kedua atau cukup dengan membaca surah Qulhu jika tidak hafal surah Adh-Dhuha.
5. Rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, tasyahud dan salam adalah sama seperti tatacara perlaksanaan solat fardu.
6. Menutup solat Dhuha dengan doa. Inipun bukan sesuatu yang wajib , hanya saja berdoa adalah kebiasaan yang sangat baik dan dianjurkan sebagai tanda penghambaan diri kepada Allah swt.
7.Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah
8."Doa :"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."Amalkan lah setiap hari..insyaallah

Wednesday, March 31, 2010

Pouch Handset




Hari ni aku dapat pouch handset dari kawan sebelah aku nih..Dah lama order hari ni baru dapat..sebab dia banyak tempahan buat kait mengait nih. Dia siapkan gak aku punya pouch handset nih..aku suka..sebab warna kegemaran aku pink..ada warna krim juga..dan bunga nya warna purple...cantik sangat. Kalau kengkawan lain nak order boleh la masuk kat blog dia..

Thursday, March 25, 2010

Bermulanyaa Tahun Ini

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog..sejak dari tahun lepas..sehingga kini. Tahun lepas, se lepas umrah..dah sarat nak tunggu hari malas nak update blog. Mood pun rasa cam tak der..ni aku dah selamat melahirkan anak yang keempat baby girl lagi. Alhamdulillah selamat dilahirkan walau secara pembedahan bukan ketentuan ku..dan bukan ku meminta..tapi semuanya kuasa Allah. Aku redha apa yang telah diberi mungkin ada hikmah disebalik semua itu. Walau pun berbagai komplikasi yang kuhadapi ketika saat melahirkan baby, dan selepas melahirkannya aku terima jua. Mungkin tuhan mahu menghapuskan dosa dosa yang telah banyak ku lakukan. Mungkin sebagai manusia kita tidak sedar apa yang dosa yang telah kita lakukan...Hmm kini bayiku pun sudah nak masuk 3 bulan alhamdulillah, insyallah seperti anak yang pintar kulihat dia. Tidak banyak karenah mungkin tahu apa yang telah berlaku, tidak mahu membebankan ku.


Anakku ke 4 Iesha Alesha Nurafera