Thursday, March 12, 2009

sulam riben




Ni sulam riben yang aku buat 2 minggu lepas..hajat dihati nak buat pouch..tapi nak buat yang simple simple jerk.. Nanti kalau dah jadi aku tepek lagi gambarnya..Ni gambar yang belum jadi bendanya..

Marie Cheesecake


.

Marie Cheesecake

Bahan-bahannya

Untuk lapisan bawah
20 keping biskut marie
butter secukupnya

Lapisan Atas
250g cream cheese phill
3/4 cawan gula kastor( bleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan whipping cream
1 biji telur
sedikit esen vanila(boleh tukar kepada jus lemon)

Cara-caranya

Untuk lapisan bawah
Cairkan butter dan masukkan ke dalam biskut yang telah diblender hancur.
Kacau sehingga boleh dikepal. Masukkan ke dalam cup.

Untuk lapisan atas
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga sebati. Masukkan whipping cream dan kacau sehingga sebati lagi. Selepas itu masukkan telur dan masukkan esen atau perahan lemon tadi.
Pukul sehingga sebati lagi dan masukkan terus ke dalam cup.
Bakar dalam 20 minit atau 30 minit sehingga kekuningan.
Masukkan ke dalam fridge.
Sedap dimakan pabila sejuk

Nasi Lemak



Nasi Lemak

Bahan-bahan Untuk Nasi
2 Pot beras
2 cawan santan
Halia
Buah keras
Sedikit Garam

Bahan Untuk Sambal
Cili Kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan

Bahan Untuk Hiasan
Telur (direbus)
Kacang (digoreng)
Timun (dipotong)

Cara-caranya
Masak beras tadi seperti masak nasi.
Bahan untuk sambal diblender dan tumis hingga garing dan masak.
Sedia untuk dihidang

Laksa Penang



Laksa Penang

Bahan-bahannya
1 kg Ikan kembung/ kacang/ sardin/ selayang
5 biji bawang merah
5 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Cili kering (ikut suka..kalau nak pedas letak lebih)
Belacan (ikut suka gak)
5 keping Asam Keping
Laksa
Daun Kesum
Bunga Kantan
Sedikit garam

Bahan-bahan Ulam
Timun
Salad
Telur Rebus
Bawang Besar
Cili Api
Limau Kasturi
Daun Salem (Jika ada)

Cara-caranya
Rebus ikan tersebut. Selepas itu ambik isinya..dan blender.
Air rebusan tadi jangan dibuang. Masukkan isi yang telah diblender ke dalam air rebusan itu
Blender cili kering,bawang putih, bawang merah, bawang besar dan belacan.
Masukkan ke dalam air rebusan tersebut.
Masukkan air lagi, daun kesum dan bunga kantan, masukkan juga asam keping.
Laksa tersebut boleh la direndam dan direbus.
Ulam ulam tersebut boleh la dihiris halus..
Sedia untuk dimakan..

Monday, February 16, 2009

Kek Coklat Lapis Cheese

Resepi ni ambik dari blog yummilicous


Bahan- bahannya

Bahan A:-

180gm butter
20gm serbuk koko (diayak)
170gm gula
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)

Bahan B:-

250gm cream cheese
60gm gula
1 sudu teh esen vanilla (x letak sebab cari tak jumpa kat dapur)
1 biji telur

Cara-caranya

Pukul butter dan gula. Masukkan telur satu persatu. Selepas itu masukkan tepung, koko dan baking powder. Gaul hingga rata
Dalam mangkuk yan lain, pukul semua bahan B hingga kembang.
Sediakan loyang beralas, tuang satu bahagian A dan ratakan.
Tuang semua bahagian B ke atasnya dan ratakan.
Tuang lagi lebihan A tadi dan ratakan.
Bakar pada suhu 160'c selama 60 minit.

Donut Kentang

Jumaat balik keja semalam aku sempat buat donut kentang. Donut ni aku buat sebab nak bawa ke rumah saudara aku kenduri tahlil
.

Bahan-bahannya:
1/2 kg kentang
1 kg tepung gandum
3 sudu marjerin atau butter (dicairkan di dalam kuali
1 peket mauripan (bancuh dengan air)
3 sudu gula
5 sudu susu tepung (saya guna nespray)

Cara-caranya

1. Kentang direbus dan dilecek.
2. Masukkan tepung gandum,butter yang telah dicairkan.
3. Masukkan gula, susu tepung dan mauripan.
4. Masukkan sedikit air adjust mengikut adunan tepung tersebut.
5. Uli sehingga menjadi doh, jangan terlalu lembik sangat.
6. Bentukkan mengikut bentuk kegemaran
7. Sedia untuk digoreng

Adunan ini menghasilkan kuantiti yang banyak, dalam seratus biji.


Friday, February 13, 2009

Kursus Adobe Cs




Pada 4 dan 5 Februari yang lepas aku dapat mengikuti kursus Adobe anjuran Pejabat Pendaftar. Alhamdulillah dapat juga aku mengikuti kursus ni.Kursus ni diajar oleh Encik Lokman Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Teknologi Maklumat. Banyak faedah yang aku dapat daripada kursus nih antaranya aku dapat mengedit gambar supaya kelihatan lebih cantik, meng superimpose kan muka orang hehehehehe...