Friday, June 26, 2009

Cushion Ribbon

Dah lama aku nak tepek gambar kusyen sulam riben nih. Projek ni dah lama aku buat..sebelum aku bersalin anak ketiga tahun lepas..heheheh baru la ni aku dapat ambik gambarnya n tepek kat sini. Hmm nak buat lagi ..tapi macam malas..hmm tengok la mood aku cam ner...

Kursus Touch N Typing

Pada 3-4/6/2006 semalam aku dan bersama 3 orang lagi teman sepejabat telah menghadiri Kursus Touch N Typing Di CICT UTM Johor Bahru. Aku sebenarnya dah malas nak pergi sebab surat dari pendaftar pun lambat.. nak uruskan lagi. Tapi disebabkan kalau tak pergi nanti kena buat surat n bagi alasan bermacam so kena la pergi.Heheheh semua tu ilmu tau...Kursus tu selama 2 hari diadakan..seramai 30 lebih orang peserta semuanya yang terdiri daripada 2 lelaki dan selebihnya kaum wanita yang menguasai kursus ini. Aku pergi naik keta member ziha dan menginap di rumah tumpangan yang ala ala hotel di taman universiti skudai.

Persiapan Kahwin Abang

Hmm dah lama rasanya tak update blog nih...kesibukan masa? kesuntukan masa entah la sebenarnya tak de idea nak letak citer kat dalam nih..sebab..sebab bz ngan persiapan kawin abang kat umah tuh. Abang aku telah menamatkan zaman bujangnya pada 6/6/2009 di belah pihak perempuan dan di pihak lelaki pada 13/06/2009. Jom kita layan gambar-gambar yang sempat aku ambik..

Monday, May 11, 2009

Sambal Pelam




Hmm sekarang ni tengah musim buah-buahan yang berunsurkan asam seperti pelam epal, pelam cengkok, pelam kampung, kuini dan bachang. Hmm hari tu adik aku kopek buah pelam dan nenas. Pastuh dia buat sekali sambal pelam yang selalu kita orang makan bila tiba musim pelam.

Bahan-bahannya

Cili Api
Belacan (dibakar)
Gula Pasir
Kicap

Cara-caranya

Tumbuk cili api dan belacan.
Masukkan gula dan kicap.
Sedia untuk dimakan

Besday Syirah




1 Mei hari tu genaplah anakku yang sulong berumur 6 tahun. Dah besar rupanya anakku yang sulong. Aku sebenarnya nak buatkan dia kek sempena harijadinya tu. Tapi awal-awal dia dah cakap dengan aku dia nak kek yang kat kedai. Hmm nak buat cam ner...maklum la maknya bukan terer sangat nak mendecorate kek tuh heheheheh. Hmm aku pun tak sangka Insyirah ni bersalin 1 Mei sebab tarikh jangkaan dia kuar 29/4/2005 kira aku terlewat 3 hari la..sebab masa aku mengandung tu ramai gak memember opis yang mengandung saing aku..Tapi Insyirah ni nak gak kuar 1 Mei.. Semoga Insyirah menjadi seorang anak yang soleh lagi solehah dengar cakap ibu dan ayah.K la tu je nak citer..Mai tengok aksi2 potong kek yang tak seberapa tuh

Asam Pedas Ikan Manyong Lada Hitam




Bahan-bahan


5 ketul ikan manyong
1 genggam cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
sedikit belacan
sedikit lada hitam
garam
1 tangkai serai yang dititik
sedikit daun kesom
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya

Cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan sedikit belacan tadi diblender sehingga lumat.

Panaskan minyak di dalam periuk. Apabila sudah panas masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga garing.

Masukkan ikan..kacau lagi sehingga sebati. Masukkan air dan masukkan garam dan lada hitam yang telah ditumbuk halus tadi.

Masukkan serai dan daun kesom.

Biarkan sehingga ikan tadi benar2 masak. Sedia untuk dihidang

Meehon Goreng Lada Sulah



Bahan-bahan


1 peket meehon (direndam)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu udang kering (direndam)
sedikit isi ayam
1 sudu lada sulah yang telah dikisar
5 tangkai daun sawi
segenggam daun tauge
2 biji cili merah (untuk hiasan)
sedikit minyak masak
sedikit garam dan ajinomoto

Cara-caranya

Tumbuk bawang putih, bawang merah,halia dan udang kering bersama.
Panaskan minyak...masukkan bahan tadi, apabila sudah wangi masukkan pula isi ayam dan udang. Tumis sehingga garing...
Masukkan garam, sedikit serbuk perasa dan lada sulah yang telah dikisar halus tadi.
Masukkan meehon yang telah dicelur tadi, untuk menghasilkan meehon yang lembut, masukkan lagi sedikit air. Kacau sehingga sebati.
Masukkan sawi dan tauge , kacau sehinggga rata.
Hidangkan bersama cili besar yang dihiris halus.
Sedia untuk dinikmati.