.jpg)
.jpg)
Bahan- bahannya
Bahan A:-
180gm butter
20gm serbuk koko (diayak)
170gm gula
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)
Bahan B:-
250gm cream cheese
60gm gula
1 sudu teh esen vanilla (x letak sebab cari tak jumpa kat dapur)
1 biji telur
Cara-caranya
Pukul butter dan gula. Masukkan telur satu persatu. Selepas itu masukkan tepung, koko dan baking powder. Gaul hingga rata
Dalam mangkuk yan lain, pukul semua bahan B hingga kembang.
Sediakan loyang beralas, tuang satu bahagian A dan ratakan.
Tuang semua bahagian B ke atasnya dan ratakan.
Tuang lagi lebihan A tadi dan ratakan.
Bakar pada suhu 160'c selama 60 minit.