Friday, January 23, 2009

Gong Xi Fa Cai




Hari ni minggu aku last bekerja dalam bulan nih..Bukan aku nak berhenti keja pun aku nak rehat lama saja merehatkan diri, menenangkan fikiran dan menghabiskan cuti aku yang banyak tu. Nasib baik sepupu aku ada buat majlis kahwin kat Padang Besar. Kalau tak aku tak cuti la gamaknya..Ye la kalau aku cuti pun..suami aku tak nak cuti..hmm macam tak de kan. Hmm semalam balik keja anak aku dan anak saudaraku dah tertonggok kat depan pintu. Heheheh tu mesti menunggu kepulanganku balik kerja tuh. Nak diceritakan semalam petang melayan karenah dina.. Dia mengadu jatuh kat luar masa main petang semalam.

Dina : huhuhuh Dina jatuh.
Ibu: Jatuh kat mana?
Dina: Jatuh kat luar..
Ibu: Sapa suruh main kat luar?
Dina: Dina nak cakap dengan ayam..
Ibu: Nak cakap apa?
Dina: Dina nak tanya ayam dah mandi ke belum?
Ibu: Habis ayam cakap apa?
Dina: Ayam tak cakap, Dina tanya kucing..
Ibu: Dina tanya kucing apa plak?
Dina: Dina tanya kucing dah mandi ke belum?
Ibu: Kucing jawap apa?
Dina: .......
Ibu: (aku nak ketawa terbahak bahak sebenarnya)

K la sempena ketiadaan aku selama seminggu ni..kengkawan semua jaga la diri bebaik erk..I nak pergi bercuti nih..hehehehhe. Jaga diri n hiasi peribadi...Chow cincau heheeeh


Dina tengah layan bibir (masa sesi soal jawab)


Sara n Nisa

Thursday, January 22, 2009

Makan Bakso

Hari ni pagi tadi aku bawa jemput-jemput pisang keras..hmm napa tak menjadi erk setiap kali buat jemput-jemput pisang? Aku semalam petang tengok alang buat sedap jerk..padahal dia abang aku..kenapa dia lebih terer dari aku? sebab dia suka makan pisang ker? heheheh aku suka makan gak tapi tak jadi pun..hmm berat aku dah naik sesangat nih dari aku bersalin..hmm ni dah naik 5 kilo nih...dalam masa 7 bulan jer..perghhh senangnya berat aku nak naik..hari ni keja tak banyak sangat..hmm keja yang bermusim memang macam ni la..Rehat tadi aku baring kat bilik solat..ngantuk sangat mata. Bila nak buka almari nak ambik bantal pintunya plak terkopak..bukan salah aku erh..salah pintu tu sebab masa dia dah sampai..aku ngan mak lilik cuba gak betulkan..tapi tak berjaya..sebab agaknya keja tu untuk lelaki..kita orang ni bukan expert sangat. Hmm kat blik solat sms ziha.ayat aku satu jerk.."bakso". Heheheh ziha pun balas bla bla bla..Bangun tido ziha cakap baksonya ada..alhamdulillah..Aku kongsi makan ngan mak yot sebab dia tak makan pentol daging tuhhehehe maksud aku (bebola daging)..dia makan meenya jerk..Jadinya aku nya bawa balik la..Hmm bakso yang aku makan ni memang sedap kalau tak percaya makan la..kedainya dekat jer ngan bp mall..Dari arah Pt Raja ke Batu Pahat belah kiri. Nanti la aku ambik gambar kedainya plak..heheheheh. Bakso yang aku makan nih yang menyedapkannya lagi dia punya sambal..nak makan tu letak sambal yang dia buat..pastuh letak kicap abc yang hanya ada jual kat Indonesia jerk dan sos maggi. Hehehhehe k kita tengok gambar bakso yang pakwe ziha belikan..

Ni Bakso Kat OpisBakso Selepas Dihidang Kat Umah

Tuesday, January 20, 2009

Bawa Botol Susu

Hari ni masuk minggu ke3 Dina bersekolah.Alhamdulillah minggu ni dia dah tak nangis pergi sekolah tapi kena bawa botol susu. Kalau bangun pepagi mesti nak aku mandikan..kalau dalam bilik air tu nak detail..air tu tak boleh sejuk dan panas sangat...memula dia sabun badan dia..aku kena tunggu sambil tengok dia sabun badan..Pastuh kena siram lelamaa..Dah tu baru gosok gigi..ubat gigi mesti nak perasa anggur..dia tak nak kakak dia punya strawbery..kalau aku tersalah bagi kena buang la ubat gigi tuh. Dah siap semua..aku mandikan adik dia pulak si sara. Nasib kakak dia si insyirah mandi sendiri. Kalau semua nak aku uruskan bengkok la aku huhuhuhu..


Siap sedia nak ke sekolah..bawa botol susu

Monday, January 19, 2009

Imej Hantu

Minggu yang lalu pada 10/1/2009 yang lepas...hubby ajak aku dan anak anak g sungai lurus makan kerang. Cadangnya nak pergi ke punggur tapi minggu lepas baru pegi punggur..tak de apa yang menarikk kat situ hanya sekadar pemandangan pantai je kat situ. Jadinya kali ni aku mencadangkan agar percutian hujung minggu ini kita pergi makan kerang. Hmm adik adik aku semua balik, jadinya aku pun ajak la dia orang join aku punya perjalanan ke sungai lurus nih senang la sket dia orang ada. Boleh jaga anak aku hehehehhe. Bila tiba kat sana aku ngan hubby order kerang goreng..adik-adik aku order kue teow goreng kerang..hmm memang sedap walau ni bukan kali pertama aku makan kat situ. Pernah beberapa kali aku ke sana masa mengandung si dina. Hmm aku tiba kat sana pun dah agak petang sebenarnya..jadinya nak balik ke rumah tu pun dah nak masuk waktu senja.Balik tu hubby tanya nak lalu Pt Karjo atau Pt Kemang? Aku cakap tukar laluan la..balik lalu Pt Kemang lak..dalam perjalanan balik tu adik aku si atikah yang duduk kat sit belakang ni suka la posing gambar. Memang tu la kegemarannya...dia ambik gambar bersama ngan anak aku yang kecik.Pastu sampai rumah dah lepas mandi mandi dan sembahyang dia pun buka la hp dia nak tengok hasil gambar yang dia ambik tadi...terjerit2 dia pergi ke bilik aku tunjukkan hasil gambar yang dia ambik. Tertera gambar imej hantu di sebalik mukanya..nampak muka dia sket jer..muka anak aku lagi la langsung tak nampak... kat bawah ni la gambarnyaa...



Cuba tengok dari sisi atas, muka orang pastu rambut mengurai ngurai


Bila aku rotate kan macam serigala pun ada..hmm ngerinya

Sesi Persekolahan




Tanggal 5hb Januari hari tu sesi persekolahan bagi tahun 2009 telah bermula..Maka bermulalah kehidupan aku sebagai seorang ibu untuk menguruskan anak anak di waktu pagi. Maka bertukarlah jadual aku di waktu pagi..tahun ni sebab dua anak sudah mula bersekolah..si kakak start pra sekolah..si adik sekolah iman child care..Pergi sekolah suami aku anta..balik nya dua dua naik van..Tapi dua-dua naik van yang berlainan. Hari pertama persekolahan si kakak(insyirah) excited nak bersekolah ...begitu juga dengan si adik(dina). Kat sekolah dina ..hari pertama dia cakap ngan ayah dia..AYAH TUNGGU LUAR LAA..pastu dia cakap AYAH BALIK DULU LA. Alhamdulillah hari pertama senang sikit nak handle si dina nih..hari kedua dan seterusnya..hari2 tendang pintu pagar nak ikut ayah dia balik umah.Siap ada satu hari tu dia jerit2 nak ikut ayah balik buat susu..Sekarang ni setiap kali pergi sekolah aku kena bekalkan susu dalam botol untuk dia minum kat sekolah.Kalau tak mahu meraung setiap kali ditinggalkan kat sekolah..

Mak Usu: Dina kenal Miza? (Miza tu anak sepupu kawan yg juga bersekolah di iman childcare)
Dina: Kenal.Miza tu selalu nangis pepagi nak ikut ayah dia balik.
Mak Usu: Dina tak nangis la pergi sekolah?
Dina: Dina pun nangis juga. Dina nak ayah tunggu dina.
Mak Usu: Pergi sekolah mana boleh nangis.

Wednesday, January 7, 2009

Pai Keledek Manis

Bahan Untuk Kulit

4 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan shortening
1 biji telur
1/2 cawan air ice
1 sudu besar cuka

Cara-caranya

1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk. Masukkan shortening dan gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Dalam bekas lain masukkan telur, air ice dan cuka tersebut.Gaulkan semua bahan tersebut.

3. Masukkan campuran telur tadi ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Bungkuskan doh tersebut dalam plastik , masukkan ke dalam peti ais sehingga mahu digunakan.

Bahan Untuk Inti

4 sudu besar butter
1/2 cawan gula pasir
3 biji telur - asingkan kuning dan putih
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 cawan keledek merah yang direbus dan dilecek
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-caranya

1. Pukul butter dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur dan serbuk kayu manis.

3. Selepas tu masukkan pula keledek yang telah dilecek serta susu pekat manis tersebut dan gaul hingga rata.

4. Akhir sekali putar putih telur sehingga putih dan masukkan ke dalam adunan inti tadi.

Monday, January 5, 2009

Pertandingan Di Masjid

Jumaat semalam aku cari resepi untuk masuk pertandingan memasak. Pertandingan ni dibuat sempena mengimarahkan masjid sempena sambutan maal hijrah. Malas rasanya nak masuk pertandingan ni tapi kesian plak wakil dari kampung aku tak de yang masuk..jadi dengan dipaksa oleh suami dah ibuku..aku masuk la jugaa...pelbagai acara yang telah dibuat sempena menyambut maal hijrah pada hari sabtu semalam. Antaranya pada waktu pagi pertandingan mewarna bagi kanak-kanak telah diadakan. Dan sebelah petang pertandingan gubahan dan masakan bagi peserta wanita. Pertandingan memakai serban dan memukul gendang bagi peserta lelaki. Ramai gak yang masuk dalam pertandingan memasak tersebut. Syaratnya bahan asas untuk memasak tu adalah keledek. Pening gak nak cari resepi yang menggunakan keledek..karipap keledek? bingka keledek? hmm tu semua cam biasa jer..akhirnya search kat blog resepi diana jumpala pie keledek. Akhirnya aku buatla pie keledek. Pertandingan membuat gubahan pula bahan asasnya menggunakan sejadah. Tapi aku tak masuk sebab tak kreatif hehehehehe..


Antara mereka yang masuk dalam pertandingan memakai serban


Antara gubahan yang dibuat menggunakan sejadah

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year 2009

Hari ni 1 Januari 2009 bersamaan 4 Muharam 1430H. Hmmm umur aku makin bertambah..tapi lama lagi..bulan 9 nanti..Hmm masuk ke angka yang 30 dah aku..hmmm dah tuanya..dah tak de lagi angka dua puluhan..huhuhuh.Hari ni laki aku daftarkan anak aku yang sulong masuk ke pra sekolah. Mulanya dia tak nak sangat nak sekolahkan kat pra sekolah tu..suamiku nak juga masukkan ke sekolah lama dia tadika iman..tapi aku cakap ngan dia tak semua sekolah tu sama.Mana la la tahu pra sekolah kat sabak uni cikgunya ok. Hmm laki aku sebenarnya dah termakan hasutan kakak iparnya dengan mengatakan sekolah pra tak bagus..apa la kan tak baik cakap camtu. Jadinya dengan termaktubnya keputusan yang dibuat olehku maka tadi pagi laki aku mendaftarkan pra sekolah anak ku yang sulong.Lepas tu dia pergi pula daftarkan anak ku yang kedua si irdina di sekolah Iman. Hmm anak anakku semua dah bersekolah rupanya..

Kuih Selayang


ni adalah rupa kuih selayang yang aku buat..saja belajar dari sepupu aku yang datang dari seremban.

Bahan-bahannya

1 kg tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
3 sudu besar marjerin
1 biji telur
air sejuk..

tepung ubi
sedikit minyak

Cara-caranya.

1. Masukkan semua bahan garam, lemak sayu, marjerin dan telur ke dalam tepung gandum.

2. Ratakan adunan tersebut, dan masukkan air sejuk tersebut ke dalam aduanan tepung tadi.

3. Gaulkan hingga menjadi doh. Biarkan seketika.

4. Ambil doh tadi lenyekkan dan sapukan tepung ubi yang telah dicampur dengan minyak tadi ke atas doh tersebut.

5. Gulung doh tersebut sehingga menjadi banyak lapisan. Potong dan lenyekkan.

6. Selepas itu goreng dan selepas sejuk taburkan gula.. sedia untuk dihidang